ALAMAT

KAFA INTEGRASI AL AZIZIAH. MASJID TUN ABD AZIZ. SEKSYEN 14. JLN SEMANGAT. 46100 PETALING JAYA SELANGOR. TEL:03-79551022

LATAR BELAKANG DAN SEJARAH RINGKAS

  • Mula ditubuhkan pada tahun1986
  • Diasakan oleh Ustaz Salleh Sani iaitu Imam masjid dan juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tadbir Masjid Tun Abdul Aziz.
  • Bermula dengan hanya satu kelas yang dihuni oleh pelajar seramai 15 orang murid bersama dua tenaga pengajar iaitu Ustaz Badri b. Hj Yusof dan Ustaz Mat Zahuri. kebanyakan pengajaran hanya tertumpu kepada pembacaan Al-Quran sahaja.
  • Dari tahun ke tahun, kelas fardhun ain yang dahulunya hanya dihadiri 15 orang pelajar sahaja telah meningkat jumlahnya hingga mencecah angka 383 orang. Jumlah kelas juga bertambah menjadi 17 buah kelas yang dibahagikan kepada dua sesi (pagi dan petang).
  • Pada tahun 1998, berkat usaha  Puan Prof. Dr. Fatimah Daud, selaku pengerusi sekolah, sekolah ini telah berjaya didaftarkan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
  • setelah didaftarkan di bawah JAIS, maka kokurikulum sekolah telah bertambah menjadi tujuh matapelajaran iaitu Tauhid, Feqah, Tajwid, Asas Jawi, Khat, Imlak dan Sirah disamping pengajian Al-Quran sebagai subjek utama.
  • Pada tahun 1999, sekolah ini buat pertama kali menjalankan peperiksaan besar iaitu UPKK dan PSRA yang mana ianya melayakkan pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Agama dibawah JAIS.
  • Kini Sekolah ini masih beroperasi dibawah pentadbiran Masjid Tun Abd Aziz (http://www.masjidbulat.com/) dan menempatkan pelajar seramai 270 orang.
  •